operation manual

14
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Bekas serdak
B Butang berhenti
C Tuil pembakar
D Tuil pemanas rak
E Butang pemanas (HD2623)
F Butang pemanasan semula (HD2623)
G Butang nyahfros (HD2623)
H Alat kawalan pemerangan
I Tetapan nyahfros (HD2621, HD2683)
J Tetapan pemanas (HD2621, HD2683)
K Tetapan pemanasan semula (HD2621, HD2683)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam air.
Jangan masukkan makanan yang terlalu besar dan bungkusan kerajang logam ke dalam pembakar,
kerana ini boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan setempat
sebelum anda menyambungkan perkakas.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
Jangan kendalikan perkakas di bawah atau berhampiran dengan langsir atau lain-lain bahan
mudah terbakar atau di bawah kabinet dinding, kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
Jangan letakkan penutup habuk (jenis-jenis tertentu sahaja) atau sebarang objek lain di atas
pembakar apabila perkakas dihidupkan atau apabila ia masih panas, kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan atau kebakaran.
Untuk mengelakkan risiko kebakaran, kosongkan bekas serdak dengan kerap. Pastikan bekas
serdak diletakkan dengan betul.
Cabut plag pembakar dengan segera sekiranya api atau asap dikesan.
Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Peralatan ini hanya dimaksudkan untuk membakar roti. Jangan letakkan apa-apa ramuan lain ke
dalam perkakas, kerana ini boleh menimbulkan situasi berbahaya.
Awas
Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung dari tepi meja atau permukaan ruang kerja tempat
perkakas itu diletakkan.
Elakkan daripada menyentuh bahagian logam pembakar, kerana ia menjadi sengat panas semasa
membakar. Hanya sentuh alat kawalannya.
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
Sambungkan peralatan hanya dengan soket dinding yang dibumikan.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU