User manual

Gambaran umum (gamb. 1)
A Tangkai tudung
B Tudung kaca
C Dulang kukus
D Penunjuk aras air
E Periuk dalam
F Jasad utama
G Lampu simpan panas
H Lampu masak
I Tuil kawalan
J Plat pemanas
K Cawan penyukat
L Senduk nasi
M Tangkai sisi
N Sambungan kord sesalur kuasa
O Kord sesalur kuasa
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan
di masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
Sambungkan perkakas hanya dengan soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan guna sebarang aksesori atau alat ganti dari pembuat lain yang tidak dinasihati khas oleh
Philips. Jaminan anda akan menjadi tidak sah jika aksesori atau alat ganti sedemikian telah pun
digunakan.
Gunakan hanya senduk nasi yang disediakan. Elakkan menggunakan perkakas yang tajam.
Jangan tenggelamkan perumah pemasak nasi di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
Jangan dedahkan pemasak nasi pada suhu yang tinggi, atau letakkannya di atas pemanas atau
dapur yang sedang berfungsi atau masih panas.
Pastikan plat pemanas, suis magnet dan bahagian luar periuk dalam bersih dan kering sebelum
menghidupkan periuk pemasak nasi.
Jangan hidupkan periuk pemasak nasi tanpa memasukkan periuk dalam.
Cabutkan plag periuk pemasak nasi dan biarkan sehingga sejuk setiap kali sebelum
membersihkannya.
Jangan letakkan periuk dalam terus di atas api terbuka untuk memasak nasi.
Jangan tutup bolong stim semasa periuk pemasak nasi sedang beroperasi.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa tergantung
melepasi pinggir meja atau permukaan kerja tempat perkakas disimpan.
Perkakas ini hanya untuk kegunaan rumah sahaja. Jika perkakas digunakan dengan tidak betul
atau bagi tujuan profesional atau (separa) profesional atau penggunaannya tidak selaras
dengan arahan penggunaan, jaminan akan terbatal dan Philips tidak akan menerima
tanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan yang menjadi akibat.
Letakkan periuk pemasak nasi pada permukaan yang stabil, mendatar dan rata.
Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi.
Jangan pasang plag perkakas atau hidupkan sesalur kuasa dengan tangan yang basah.
Berhati-hati dengan stim panas yang keluar dari bolong stim semasa memasak atau yang
keluar dari periuk pemasak nasi semasa anda membuka tudungnya.
BAHASA MELAYU10