User manual

Sentiasa cabut perkakas setiap kali selepas digunakan.
Jangan angkat dan pindahkan periuk pemasak nasi dengan tangkainya semasa ia sedang beroperasi.
Sebelum penggunaan pertama
Keluarkan alas di antara periuk dalam dan plat pemanas.
1 Bersihkan bahagian berasingan periuk pemasak nasi dengan sempurna sebelum menggunakan
perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan'). Pastikan semua bahagiannya betul-
betul kering sebelum anda mula menggunakan perkakas.
Menggunakan perkakas
Memasak nasi
1 Ukur beras menggunakan cawan penyukat yang disediakan.
Setiap cawan beras biasanya memberikan 2 mangkuk nasi. Jangan lebihi kuantiti yang ditunjukkan
pada permukaan dalam periuk dalam. 1cawan nasi adalah kira-kira 180ml.
2 Basuh beras dengan sempurna.
Gunakan bekas lain untuk membasuh beras supaya permukaan periuk dalam tidak rosak.
3 Tuangkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dalam.
4 Tambahkan air sehingga aras yang ditunjukkan pada skala di dalam periuk, yang sepadan
dengan bilangan cawan beras yang digunakan. Kemudian ratakan permukaan beras.
Contohnya, jika anda memasak 4 cawan beras, tambahkan air sehingga aras 4 cawan yang
ditunjukkan pada skala.
HD4711 (gamb. 2).
HD4715 (gamb. 3).
HD4718 (gamb. 4).
B
Aras yang ditandakan di dalam periuk hanyalah panduan; anda boleh melaraskan aras air bagi jenis
beras yang berlainan ataupun mengikut cita rasa anda.
5 Masukkan periuk dalam ke dalam periuk pemasak nasi. Periksa sama ada periuk dalam dan
plat pemanas besentuhan dengan baik pada satu sama lain (gamb. 5).
Pastikan bahagian luar periuk kering dan bersih, dan tiada sisa asing pada plat pemanas atau suis
magnet.
6 Tutup tudung periuk pemasak nasi, pasangkan plag di dalam soket dinding dan hidupkan
sesalur kuasa.
Lampu masak menyala untuk menunjukkan bahawa perkakas telah dihidupkan (gamb. 6).
7 Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak (gamb. 7).
Lampu masak menyala (gamb. 8).
Jika anda gagal untuk menekan ke bawah tuil kawalan, lampu simpan panas akan terus menyala.
BAHASA MELAYU 11
Kuantiti beras (cawan)
1-5
2-10
5-15
Isipadu/L
1.0
1.8
2.8
Menu
HD4711
HD4715
HD4718