User manual

8 Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas
secara automatik (gamb. 6).
9 Buka tudung dan kacau nasi agar rata (gamb. 9).
Untuk hasil terbaik, lakukan sebaik saja periuk pemasak nasi beralih ke mod simpan panas. Kemudian
tutup tudung dengan rapi. Mengacau nasi membolehkan stim keluar. Ini akan menjadikan nasi lebih
lembut.
10 Untuk menamatkan proses memasak atau mod simpan panas, tarik ke atas tuil kawalan,
matikan sesalur kuasa dan cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding.
Mengukus
1 Sukat 3 cawan air dengan cawan penyukat dan tuangkannya ke dalam pot dalam.
Junlah air berbeza-beza menurut kuantiti makanan yang sedang dikukus.
Ia akan mengambil kira-kira 8 minit untuk 3 cawan air mendidih.
2 Letakkan makanan yang hendak dikukus di atas pinggan atau dulang kukus.
Untuk memastikan pengukusan yang sekata, makanan hendaklah diratakan dengan sekata dan tidak
dilonggokkan.
3 Letak dulang kukus di dalam periuk dalam (gamb. 10).
Apabila anda menggabungkan pengukusan dan pemasakan nasi, pastikan anda menyukat jumlah
beras agar memberi ruang secukupnya untuk dulang kukus. Makanan yang dikukus akan siap apabila
proses memasak nasi selesai.
4 Jika anda menggunakan pinggan yang berasingan, masukkannya ke dalam dulang kukus.
5 Tutup dengan tudung periuk dengan rapi.
6 Ikuti langkah 6, 7 dan 8 dalam bahagian 'Memasak nasi'
Masa pengukusan berbeza menurut kuantiti makanan yang sedang dikukus.
Apabila proses pengukusan telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas secara
automatik.
7 Untuk menamatkan proses memasak atau mod simpan panas, tarik ke atas tuil kawalan,
matikan sesalur kuasa dan cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding.
8 Bukakan tudung dan keluarkan makanan kukus dengan teliti dari pinggan atau dulang kukus.
Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain, kerana pinggan dan dulang kukus pada ketika ini
sangat panas.
Hati-hati terhadap stim panas.
Menyimpan panas
Mod ini membolehkan anda menyimpan panas nasi anda untuk tempoh yang lebih panjang.
Apabila proses memasak selesai, periuk pemasak nasi akan beralih ke fungsi simpan panas
secara automatik. Lampu masak akan padam dan lampu simpan panas menyala.
Anda dinasihati agar menyimpan nasi panas selama tidak lebih daripada 5 jam untuk mengekalkan
rasanya.
Mod simpan panas tidak akan mati secara automatik.
Untuk menamatkan mod simpan panas matikan sesalur kuasa dan cabut plag perkakas.
BAHASA MELAYU12