User manual

Pembersihan
Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum anda mula membersihkannya.
Tunggu sehingga periuk pemasak nasi telah sejuk secukupnya sebelum membersihkannya.
Untuk melindungi permukaan periuk dalam, jangan:
- atau membasuh pinggan;
- tuangkan cuka ke dalam periuk.
1 Angkat keluar dulang kukus dan periuk dalam dari perkakas.
2 Bersihkan tudung, periuk dalam, dulang kukus dan senduk nasi dengan span atau kain di dalam
air panas dengan sedikit cecair pencuci.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk
membersihkan periuk dalam kerana ini akan merosakkan permukaan periuk dalam.
3 Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat permukaan luar dan dalam jasad utama
periuk pemasak nasi.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad periuk pemasak nasi di dalam air, atau membilasnya di bawah
pili air. Kesat plat pemanas dengan kain kering.
Alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membentu
memelihara alam sekitar (gamb. 11).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
BAHASA MELAYU 13