User manual

Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan servis atau sokongan, sila lawati www.philips.com/
support atau baca risalah jaminan sedunia.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan
perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat
di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai
soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyelesaian
Perkakas tidak
berfungsi.
Plag masuk dan hidupkan perkakas.
Pastikan voltan yang tertulis pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur utama tempatan.
Isikan tangki air dengan air.
Air keluar dari
perkakas.
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAX.
Perkakas mengambil
masa yang lama
untuk menjerang
kopi.
Tanggalkan kerak pada perkakas.
Perkakas
mengeluarkan
bunyi dan wap yang
banyak semasa
proses menjerang.
Pastikan perkakas tidak tersekat oleh kerak.
Jika perlu, tanggalkan kerak pada perkakas.
Serbuk kopi
tertinggal di
dalam jag.
Jangan letakkan terlalu banyak serbuk kopi di
dalam turas.
Pastikan bahawa anda meletakkan jag di atas plat
panas dengan muncungnya menghadap perkakas
(iaitu tidak menunjuk arah ke tepi).
Gunakan turas kertas dalam saiz yang betul
(jenis 1x2). Saiz turas 102 dan no. 2 tidak akan muat.
Pastikan turas kertas tidak koyak.
Kopi terlalu cair. Gunakan kadar yang betul bagi kopi berbanding air.
Pastikan turas kertas tidak roboh.
Gunakan turas kertas dalam saiz yang betul
(jenis 1x2). Saiz turas 102 dan no. 2 tidak akan muat.
Pastikan bahawa tidak terdapat air di dalam jag
sebelum anda mula membru kopi.
Kopi tidak berasa
begitu sedap.
Jangan biarkan jag dengan kopi di atas plat panas
terlalu lama, terutamanya jika ia hanya mengandungi
kopi yang sedikit.
Kopi tidak cukup
panas.
Pastikan jag telah diletakkan dengan betul di atas
plat panas.
Pastikan plat panas dan jag adalah bersih.
Anda disyorkan menjerang lebih daripada tiga
cawan kopi untuk memastikan suhu kopi yang
mencukupi.
Kami menasihatkan anda agar menggunakan
cawan yang tipis, kerana ia kurang menyerap haba
daripada kopi berbanding dengan cawan tebal.
Jangan gunakan susu sejuk terus dari peti ais.
Kopi di dalam jag
adalah kurang
daripada yang
dijangkakan.
Pastikan anda meletakkan jag dengan betul di atas
plat panas. Jika jagnya tidak diletakkan dengan betul
di atas plat panas, penghenti titisan menghindarkan
kopi daripada melimpah keluar dari turas.
Turas melimpah
sewaktu peranti
menjerang kopi.
Pastikan yang anda meletakkan pemegang
turas ke dalam perkakas dengan betul
(lihat gambar 3 dalam bab
). Jika pemegang
turas tidak berada dalam kedudukan yang betul,
penghenti titisan tidak akan berfungsi dan mungkin
menyebabkan pemegang turas untuk melimpah.
Jika anda mengeluarkan jag daripada perkakas
selama lebih 20 saat sewaktu penjerangan,
pemegang turas akan mula melimpah.
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas di dalam air atau apa-apa
cecair lain.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur tempatan anda.
- Sambungkan perkakas kepada soket dinding yang dibumikan.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur atau perkakas itu sendiri
rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi
mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali jika mereka diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung di tepi meja atau
permukaan ruang kerja di mana perkakas itu diletakkan.
Awas
- Jangan letak perkakas di atas permukaan yang panas dan jangan
biarkan kord sesalur kuasa bersentuhan dengan permukaan yang panas.
- Cabut plag perkakas sebelum membersihkannya dan jika masalah
berlaku semasa penjerangan.
- Sewaktu menjerang dan sehingga anda mematikan perkakas, pemegang
turas, bahagian bawah perkakas, plat panas dan jag berisi kopi adalah panas.
- Jangan letakkan jag di atas dapur atau di dalam ketuhar gelombang mikro
untuk memanaskan semula kopi.
- Sentiasa bawa perkakas ke pusat servis yang disahkan oleh Philips untuk
diperiksa atau dibaiki. Jangan cuba buka atau baiki perkakas itu sendiri.
- Perkakas ini bertujuan untuk digunakan di dalam rumah dan penggunaan
yang serupa seperti rumah ladang, persekitaran jenis inap sarapan,
kawasan dapur kakitangan dalam kedai, di pejabat dan di persekitaran
kerja lain dan oleh pelanggan di hotel, motel dan jenis persekitaran
perumahan lain.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke www.shop.philips.com/
service atau pergi ke penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi
Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda (lihat risalah jaminan sedunia untuk
butiran hubungan).
Kitar semula
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya,
sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula.
Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam sekitar.