User manual

10
putarkan tombol kawalan pemasa kepada 0 (Raj. 8).
10 Periksa sama ada ramuan telah sedia.
Jika ramuan belum sedia lagi, luncurkan kuali kembali ke dalam perkakas dan tetapkan
pemasa kepada beberapa minit tambahan lagi.
11 Untuk mengeluarkan ramuan kecil (cth. kentang goreng), tekan butang pelepas
bakul (1) dan angkat bakul dari kuali (2). (Rajah 11)
Jangan terbalikkan bakul atas ke bawah dengan kuali masih bersambung dengannya,
kerana sebarang minyak berlebihan yang telah terkumpul di bahagian bawah kuali
akan keluar ke atas ramuan.
Selepas penggorengan udara panas, kuali dan ramuan akan menjadi panas.
Bergantung pada jenis ramuan di dalam Airfryer, stim akan keluar dari kuali.
12 Letakkan kandungan ke dalam mangkuk atau pinggan. (Rajah 12)
Petua: Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh, gunakan
penyepit untuk mengangkat ramuan dari bakul (Raj. 13).
13 Apabila sekelompok ramuan telah selesai, Airfryer sedia untuk menyediakan
ramuan lain dengan serta-merta.
Tetapan
Jadual di bawah dapat membantu anda memilih tetapan asas untuk ramuan yang anda
hendak disediakan.
Nota: Harap maklum bahawa tetapan ini sekadar cadangan. Oleh sebab ramuannya
berbeza-beza dari segi asal, saiz, bentuk serta jenama, kami tidak dapat menjamin
tetapan yang terbaik untuk ramuan anda.
Oleh sebab teknologi Rapid Air memanaskan semula udara dengan serta-merta di
dalam perkakas, proses penggorengan tidak akan terganggu jika anda menarik kuali
sekejap dari perkakas sewaktu menggoreng dengan udara panas.
Petua
- Ramuan yang lebih kecil biasanya memerlukan masa penyediaan yang agak singkat
berbanding dengan ramuan yang lebih besar.
- Sejumlah ramuan yang lebih besar hanya memerlukan masa penyediaan yang lebih
lama sedikit, sejumlah ramuan yang lebih kecil hanya memerlukan masa penyediaan
yang lebih singkat sedikit.
- Menggoncang ramuan yang lebih kecil pada separuh masa penyediaan akan
mengoptimumkan hasil penggorengan dan boleh mengelakkan ramuan digoreng
secara tidak sekata.
- Tambahkan sedikit minyak pada ubi kentang segar untuk hasil yang rangup. Goreng
ramuan anda di dalam Airfryer dengan serta-merta selepas minyak ditambahkan.
- Snek yang boleh disediakan di dalam ketuhar juga boleh disediakan di dalam
Airfryer.
- Jumlah optimum untuk menyediakan kentang goreng rangup ialah 500 gram.
- Gunakan doh yang telah disediakan terlebih dahulu untuk menyediakan pelbagai
snek dengan cepat dan mudah. Doh yang disediakan terlebih dahulu juga
memerlukan masa penyediaan yang lebih singkat daripada doh buatan sendiri.
- Anda boleh menggunakan Airfryer untuk memanaskan semula ramuan. Untuk
memanaskan semula ramuan, tetapkan suhu kepada 150°C selama kira-kira 10 minit.