User Manual

12
Membuat kentang goreng buatan sendiri
Untuk hasil penggorengan terbaik, kami mencadangkan agar anda menggunakan
kentang goreng yang telah dibakar dahulu (contohnya, kentang goreng beku). Jika anda
mahu membuat kentang goreng buatan sendiri, ikut langkah di bawah.
1 Kupas kulit ubi kentang dan potong memanjang dalam bentuk jejari.
2 Rendam potongan kentang di dalam mangkuk selama sekurang-kurangnya 30
minit, keluarkan dan keringkan menggunakan kertas dapur.
3 Letakkan ½ sudu besar minyak zaitun di dalam mangkuk, letakkan kentang yang
telah dipotong di bahagian atas dan campurkan sehingga kentang disaluti minyak.
4 Keluarkan kentang dari mangkuk menggunakan jari anda atau alat dapur supaya
minyak berlebihan kekal di dalam mangkuk. Letakkan jejari kentang di dalam bakul.
Nota: Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua kentang di dalam bakul
pada satu-satu masa, untuk mengelakkan minyak berlebihan mengalir ke bahagian
bawah kuali.
5 Goreng jejari kentang mengikut arahan dalam bab ini.
Pembersihan
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan.
Kuali, bakul dan bahagian dalam perkakas mengandungi salutan tidak melekat. Jangan
gunakan perkakas dapur logam atau bahan pencuci yang melelas untuk membersihkan
perkakas kerana ini akan merosakkan salutan tidak melekat.
1 Cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding dan biarkan perkakas menjadi sejuk.
Nota: Keluarkan kuali untuk menyejukkan Airfryer dengan lebih cepat.
2 Lap bahagian luar perkakas dengan kain lembap.
3 Cuci kuali dan bakul dengan air panas, sedikit cecair pencuci dan span yang tidak
melelaskan.
Anda boleh menggunakan cecair nyahgris untuk mengeluarkan sebarang sisa kotoran.
Nota: Kuali dan bakul adalah kalis mesin basuh pinggan mangkuk.
Petua: Jika kotoran tersekat pada bakul atau bahagian bawah kuali, isi kuali dengan
air panas dengan sedikit cecair pencuci. Letakkan bakul di dalam kuali dan biarkan
kuali dan bakul direndam selama kira-kira 10 minit.
4 Cuci bahagian dalam perkakas dengan air panas dan span yang tidak melelas.
5 Cuci elemen pemanasan menggunakan berus pencucian untuk menanggalkan sisa
makanan.
Penyimpanan
1 Cabut plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Pastikan semua bahagian bersih dan kering.
3 Masukkan kord ke dalam ruang penyimpanan kord. Pasang kord dengan
memasukkannya ke dalam slot pemasangan kord.