User manual

11BAHASA MELAYU
Menggoreng dengan Airfryer
Awas
Airfryer ini berfungsi dengan udara panas. Jangan isikan kuali dengan
minyak, lemak menggoreng atau sebarang cecair lain.
Jangan sentuh permukaan panas. Gunakan pemegang atau tombol.
Kendalikan kuali panas dengan sarung tangan pelindung ketuhar.
Perkakas ini hanya untuk penggunaan di rumah sahaja.
Perkakas ini mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini perkara biasa.
Perkakas tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu.
1 Pasang palam pada soket dinding.
2 Tanggalkan kuali bersama bakul daripada perkakas dengan menarik
pemegang.
3 Letakkan ramuan ke dalam bakul.
Nota
Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Rujuk 'Jadual makanan' untuk
kuantiti yang betul dan anggaran masa memasak.
Jangan melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam bahagian 'Jadual makanan'
atau mengisi bakul melebihi penunjuk 'MAX' memandangkan ini boleh
menjejaskan hasil masakan.
Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan serentak, pastikan anda
memeriksa masa memasak yang dicadangkan untuk ramuan berbeza sebelum
anda memasaknya serentak.