User manual

14 BAHASA MELAYU
11 Untuk mengeluarkan ramuan kecil (contohnya kentang goreng),
angkat bakul keluar daripada kuali dengan meluncurkan penutupnya
dahulu, kemudian tekan butang pelepas bakul.
Awas
Selepas proses memasak, kuali, bakul, perumah dalaman dan ramuan
adalah panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam Airfryer, stim akan
keluar daripada kuali.
12 Masukkan ramuan ke dalam mangkuk atau pinggan. Sentiasa
keluarkan bakul daripada kuali untuk dikosongkan kerana minyak
panas mungkin terkumpul di bahagian bawah kuali.
Nota
Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh, gunakan penyepit
untuk mengangkat ramuan.
Lebihan minyak atau lemak cair daripada ramuan akan terkumpul di bahagian
bawah kuali.
Bergantung pada ramuan memasak, anda haruslah menuang minyak atau
lemak cair yang berlebihan dari kuali selepas menggoreng atau sebelum
menggoncang atau menggantikan bakul di dalam kuali. Tempatkan bakul di
atas permukaan tahan panas. Pakai sarung tangan ketuhar untuk menuangkan
lebihan minyak atau lemak cair. Letakkan semula bakul ke dalam kuali.
Apabila ramuan telah dimasak, Airfryer sedia untuk memasak ramuan lain
dengan serta-merta.
Nota
Ulangi langkah 3 hingga 12 jika anda mahu menyediakan kelompok lain.
Memilih mod simpan panas
1 Tekan butang menu setiap kali ikon simpan panas berkelip.
2 Tekan butang Hidup/Mati untuk memulakan mod simpan panas.