User manual

15BAHASA MELAYU
Nota
Pemasa simpan panas ditetapkan kepada 30 minit. Untuk menukar tempoh
simpan panas (1 - 30 minit), tekan butang masa turun. Masa akan disahkan
secara automatik.
Suhu tidak boleh diubah dalam mod simpan panas.
3 Untuk menghentikan mod simpan panas seketika, tekan butang
Hidup/Mati. Untuk meneruskan mod simpan panas, tekan butang
Hidup/Mati sekali lagi.
4 Untuk menghentikan mod simpan panas, tekan lama butang Hidup/
Mati.
Petua
Jika makanan seperti kentang goreng menjadi kurang garing sewaktu mod
simpan panas, pendekkan masa simpan panas dengan mematikan perkakas
sebelum tamat masanya atau garingkan selama 2-3 minit pada suhu
180°C/350°F.
Nota
Sewaktu mod simpan panas, kipas dan pemanas di dalam perkakas
dihidupkan dari masa ke masa.
Mod simpan panas direka bentuk untuk memastikan makanan anda kekal
panas selepas dimasak di dalam Airfryer. Mod ini bukan untuk pemanasan
semula.
Memasak dengan praset
1 Ikut langkah 1 hingga 5 dalam bab "Menggoreng dengan Airfryer".
2 Tekan butang menu. Ikon snek sejuk beku berkelip. Tekan butang
menu setiap kali butang praset yang anda mahukan berkelip.
3 Mulakan proses memasak dengan menekan butang Hidup/Mati.
Nota
Jadual di bawah mengandungi lebih banyak maklumat tentang praset.