User manual

18 BAHASA MELAYU
Membuat kentang goreng buatan sendiri
Untuk membuat kentang goreng buatan sendiri yang sedap di dalam
Airfryer:
- Pilih jenis ubi kentang yang sesuai untuk membuat kentang goreng,
cth. ubi kentang segar dan (agak) berkanji.
- Sebaik-baiknya kentang digoreng mengikut bahagian sehingga
800 g/28 oz agar dimasak rata. Kentang goreng yang lebih besar
biasanya tidak rangup berbanding dengan kentang goreng kecil.
1 Kupas ubi kentang dan potong menjadi bentuk jejari
(ketebalan 10 x 10 mm/0.4 x 0.4 in).
2 Rendam jejari kentang ke dalam semangkuk air selama sekurang-
kurangnya 30 minit.
3 Kosongkan mangkuk dan keringkan jejari kentang menggunakan
tuala atau kertas tisu.
4 Masukkan satu sudu besar minyak masak ke dalam mangkuk,
letakkan jejari ke dalam mangkuk dan gaul sehingga kesemua jejari
bersalut minyak.
5 Keluarkan jejari daripada mangkuk menggunakan tangan anda atau
sudip berlubang agar lebihan minyak kekal di dalam mangkuk.
Nota
Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua jejari kentang dalam
bakul pada satu masa untuk mengelakkan minyak berlebihan masuk ke dalam
kuali.
6 Letakkan jejari kentang ke dalam bakul.
7 Goreng jejari kentang dan goncangkan bakul 2-3 kali semasa
memasak.
Pembersihan
Amaran
Biarkan bakul, kuali dan bahagian dalam perkakas menjadi sejuk
sepenuhnya sebelum anda membersihkannya.
Kuali, bakul dan bahagian dalam perkakas mengandungi salutan tidak
melekat. Jangan gunakan perkakas dapur logam atau bahan pencuci yang
melelas kerana ini merosakkan salutan tidak melekat.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan. Keluarkan minyak dan
lemak daripada bahagian bawah kuali setiap kali selepas penggunaan.
1 Tekan butang kuasa Hidup/Mati (
) untuk mematikan perkakas,
tanggalkan palam daripada soket di dinding dan biarkan perkakas
menjadi sejuk.