User manual

22 BAHASA MELAYU
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Saya ternampak
tompok mengelupas
di dalam Airfryer saya.
Sesetengah tompok kecil
boleh muncul di dalam
kuali Airfryer disebabkan
sentuhan atau calaran
tidak sengaja pada salutan
(cth. semasa pembersihan
dengan alat membersih
kasar dan/atau semasa
memasukkan bakul).
Anda boleh mengelakkan kerosakan dengan
meletakkan bakul ke dalam kuali dengan betul.
Jika anda memasukkan bakul dengan senget,
bahagian sisinya boleh terkena dinding kuali
dan menyebabkan kepingan kecil salutan
mengelupas. Jika ini berlaku, sila ambil
perhatian bahawa perkara ini tidak berbahaya
kerana semua bahan yang digunakan selamat
untuk makanan.
Asap putih keluar dari
perkakas.
Anda memasak ramuan yang
berlemak.
Tuang lebihan minyak atau lemak daripada kuali
dengan berhati-hati dan teruskan memasak.
Kuali masih mengandungi
kesan berminyak daripada
penggunaan sebelum ini.
Asap putih disebabkan kesan berminyak yang
menjadi panas di dalam kuali. Bersihkan kuali
dan bakul sepenuhnya setiap kali selepas
penggunaan.
Lapisan serdak roti atau
salutan tidak melekat dengan
betul pada makanan.
Kepingan kecil serdak roti di udara boleh
menyebabkan asap putih. Tekan lapisan serdak
roti atau salutan dengan betul pada makanan
untuk memastikannya melekat.
Perapan, cecair atau air
daging terpercik di dalam
lemak cair atau minyak.
Lap makanan menjadi kering sebelum
meletakkannya di dalam bakul.
Skrin pada Airfryer
menunjukkan "E1".
Perkakas telah rosak/tidak
berfungsi.
Hubungi talian perkhidmatan Philips atau Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda.
Airfryer mungkin telah
disimpan di tempat yang
sejuk.
Jika peranti anda telah disimpan di tempat
dengan suhu sekeliling yang rendah, biarkan
peranti menjadi panas kepada suhu bilik selama
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda
memasang palam semula.
Jika paparan anda masih menunjukkan "E1",
hubungi talian perkhidmatan Philips atau Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda.