User manual

3BAHASA MELAYU
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
Bahaya
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam
bakul untuk mengelakkannya daripada tersentuh
dengan elemen pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan
saluran keluar udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh
menyebabkan bahaya kebakaran.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas di
dalam air atau sebarang cecair lain, ataupun
membilasnya di bawah paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk
ke dalam perkakas untuk mengelakkan berlakunya
kejutan elektrik.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan
yang melebihi paras maksimum yang dinyatakan
dalam bakul.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa
operasi.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan
tiada makanan yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada
perkakas sepadan dengan voltan sesalur tempatan
anda.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur
atau perkakas rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh
Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi
mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-
kanak berumur 8 tahun ke atas dan orang yang
kurang keupayaan zikal, deria atau mental