User manual

4 BAHASA MELAYU
atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan
jika mereka diberikan pengawasan dan arahan
berkaitan penggunaan perkakas secara selamat
dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan
perkakas ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak melainkan
mereka berumur 8 tahun ke atas dan diawasi.
- Simpan perkakas dan kord perkakas jauh daripada
jangkauan kanak-kanak yang berumur di bawah 8
tahun.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket
dinding yang dibumikan. Sentiasa pastikan palam
dimasukkan dengan rapi pada soket dinding.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk
dikendalikan menggunakan pemasa luaran atau
sistem kawalan jauh yang berasingan.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau
perkakas lain. Berikan sekurang-kurangnya jarak
10 cm di belakang dan sisi perkakas dan sekurang-
kurangnya 10 cm di atas perkakas. Jangan letak
apa jua item di atas perkakas.
- Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan
lain selain daripada yang diterangkan dalam
manual pengguna ini.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim
panas akan dilepaskan melalui bukaan salur keluar
udara. Kekalkan tangan dan muka anda pada jarak
yang selamat dari stim dan dari bukaan saluran
keluar udara. Juga, berhati-hati dengan stim dan
udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada
perkakas.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi
panas sewaktu penggunaan.
- Kuali, bakul dan aksesori di dalam Airfryer akan
menjadi panas sewaktu penggunaan. Berhati-hati
apabila anda mengendalikannya.