User manual

5BAHASA MELAYU
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan
dengan dapur gas panas atau semua jenis dapur
elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang
panas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas
pembakar dalam perkakas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan
bahan yang mudah terbakar seperti alas meja atau
langsir.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa
dijaga.
- Cabut palam perkakas jika anda melihat asap
gelap keluar dari perkakas. Tunggu sehingga asap
berhenti sebelum anda mengeluarkan kuali dari
perkakas.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah
bersesuaian dengan jenis ubi kentang yang
disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas untuk
meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam
bahan makanan yang disediakan.
- Jangan pasang palam perkakas atau kendalikan
panel kawalan dengan tangan yang basah.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada
suhu sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan
biasa di rumah sahaja. Perkakas tidak
dimaksudkan untuk digunakan dalam persekitaran
seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang
atau persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga
tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh klien
di hotel, motel, inap sarapan dan persekitaran
kediaman lain.
- Sentiasa kembalikan perkakas ke pusat servis
yang disahkan oleh Philips untuk mendapatkan
pemeriksaan atau pembaikan. Jangan cuba baiki