User manual

7BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan
yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di
www.philips.com/welcome.
Philips Airfryer merupakan satu-satunya Airfryer dengan Teknologi Udara
Pantas yang unik untuk menggoreng makanan kegemaran anda dengan
minyak yang sedikit atau tanpa minyak tambahan serta sehingga 90%
kurang lemak.
Teknologi Udara Pantas Philips memasak makanan secara menyeluruh
serta reka bentuk tapak sulaiman kami menjadikan suapan awal hingga
akhir anda sempurna.
Kini anda boleh menikmati makanan goreng yang dimasak dengan
sempurna—rangup di luar dan lembut di dalam—Goreng, gril, panggang
dan bakar untuk menyediakan pelbagai hidangan lazat dengan cara yang
sihat, cepat dan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi, resipi dan maklumat tentang
Airfryer, lawati www.philips.com/kitchen atau muat turun NutriU App*
percuma untuk IOS® atau Android™.
*Aplikasi NutriU mungkin tidak tersedia di negara anda.
Untuk keadaan sebegini, sila layari laman web Philips tempatan anda
untuk mendapatkan inspirasi.
Perihalan umum
1 Panel kawalan
A Butang suhu naik
B Butang suhu turun
C Butang menu
D Menu praset
E Butang Hidup/Mati
F Butang masa turun
G Butang masa naik
H Penunjuk masa
I Skrin
J Penunjuk suhu
2 Penunjuk MAX
3 Bakul
4 Butang pelepas bakul
5 Kuali
6 Kord kuasa
7 Saluran keluar udara
8 Saluran masuk udara