User Guide

3BAHASA MELAYU
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
Bahaya
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul
untuk mengelakkannya daripada tersentuh dengan elemen
pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar
udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas di dalam air atau
sebarang cecair lain, ataupun membilasnya di bawah paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam
perkakas untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi
paras maksimum yang dinyatakan dalam bakul.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan
yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas
sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau
perkakas rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain
seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
zikal, deria atau mental atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan pengawasan
atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.