User Guide

4 BAHASA MELAYU
- Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang
dibumikan. Sentiasa pastikan palam dimasukkan dengan rapi
pada soket dinding.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas lain.
Berikan sekurang-kurangnya jarak 10 cm di belakang dan sisi
perkakas dan sekurang-kurangnya 10 cm di atas perkakas.
Jangan letak apa jua item di atas perkakas.
- Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain selain
daripada yang diterangkan dalam manual pengguna ini.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas akan
dilepaskan melalui bukaan salur keluar udara. Kekalkan
tangan dan muka anda pada jarak yang selamat dari stim dan
dari bukaan saluran keluar udara. Juga, berhati-hati dengan
stim dan udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada
perkakas.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi panas
sewaktu penggunaan.
- Kuali, bakul dan aksesori di dalam Airfryer akan menjadi
panas sewaktu penggunaan. Berhati-hati apabila anda
mengendalikannya.
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan
dapur gas panas atau semua jenis dapur elektrik dan plat
masak elektrik atau ketuhar yang panas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas pembakar
dalam perkakas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan bahan yang
mudah terbakar seperti alas meja atau langsir.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
- Cabut palam perkakas jika anda melihat asap gelap keluar
dari perkakas. Tunggu sehingga asap berhenti sebelum anda
mengeluarkan kuali dari perkakas.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah bersesuaian dengan
jenis ubi kentang yang disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas
untuk meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam bahan
makanan yang disediakan.