User Manual

6 BAHASA MELAYU
menggunakan fungsi alat kawalan jauh atau permulaan
tertunda.
- Pastikan hanya satu orang menggunakan fungsi alat kawalan
jauh pada satu-satu masa.
- Berhati-hati apabila memasak makanan mudah rosak dengan
fungsi permulaan tertunda (bakteria mungkin membiak).
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Pematian automatik
Perkakas ini dilengkapi dengan fungsi pematian automatik. Jika anda tidak
menekan butang dalam masa 20 minit, perkakas akan dimatikan secara
automatik. Untuk mematikan perkakas secara manual, tekan butang kuasa
Hidup/Mati.
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan
yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di
www.philips.com/welcome.
Philips Airfryer merupakan satu-satunya Airfryer dengan Teknologi Udara
Pantas yang unik untuk menggoreng makanan kegemaran anda dengan
minyak yang sedikit atau tanpa minyak tambahan serta sehingga 90%
kurang lemak.
Teknologi Udara Pantas Philips memasak makanan secara menyeluruh
serta reka bentuk tapak sulaiman kami menjadikan suapan awal hingga
akhir anda sempurna.
Kini anda boleh menikmati makanan goreng yang dimasak dengan
sempurna—rangup di luar dan lembut di dalam—Goreng, gril, panggang
dan bakar untuk menyediakan pelbagai hidangan lazat dengan cara yang
sihat, cepat dan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi, resipi dan maklumat tentang
Airfryer, lawati www.philips.com/kitchen atau muat turun Aplikasi NutriU*
percuma untuk IOS® atau Android™.
*Aplikasi NutriU mungkin tidak tersedia di negara anda.
Untuk keadaan sebegini, sila layari laman web Philips tempatan anda
untuk mendapatkan inspirasi.