User Manual

13BAHASA MELAYU
3 Letakkan ramuan ke dalam bakul.
Nota
Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Rujuk 'Jadual makanan' untuk
kuantiti yang betul dan anggaran masa memasak.
Jangan melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam bahagian 'Jadual makanan'
atau mengisi bakul melebihi penunjuk 'MAX' memandangkan ini boleh
menjejaskan hasil masakan.
Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan serentak, pastikan anda
memeriksa masa memasak yang dicadangkan untuk ramuan berbeza sebelum
anda memasaknya serentak.
4 Letakkan kuali bersama bakul kembali ke dalam Airfryer.
Awas
Jangan gunakan kuali tanpa bakul di dalamnya.
Jangan sentuh kuali atau bakul semasa dan beberapa ketika selepas
menggunakannya kerana kuali atau mungkin sangat panas.
5 Tekan butang kuasa Hidup/Mati untuk menghidupkan perkakas.
6 Tekan butang suhu naik atau suhu turun untuk memilih suhu yang
dikehendaki.
7 Tekan butang masa naik atau masa turun untuk memilih masa yang
dikehendaki.