User Manual

21BAHASA MELAYU
Petua
Keluarkan kuali dan bakul untuk menyejukkan Airfryer dengan lebih cepat.
2 Buang lemak cair atau minyak dari bahagian bawah kuali.
3 Bersihkan kuali dan bakul di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk. Anda juga boleh mencucinya dengan air panas, cecair
pencuci pinggan mangkuk dan span tidak melelas (lihat 'Jadual
pembersihan').
Nota
Letakkan kuali dengan palam getah di dalam mesin cuci pinggan mangkuk.
Jangan tanggalkan palam sebelum pembersihan.
Petua
Jika sisa makanan melekat pada kuali atau bakul, rendamkan ke dalam
air panas bersama cecair pencuci pinggan mangkuk selama 10-15 minit.
Merendam akan melonggarkan sisa makanan dan menjadikannya lebih mudah
untuk ditanggalkan. Pastikan anda menggunakan cecair pencuci yang boleh
melarutkan minyak. Jika terdapat kesan minyak pada kuali atau bakul dan
anda tidak dapat membersihkannya dengan air panas dan cecair pencuci,
gunakan cecair penyahgris.
Jika perlu, sisa makanan yang melekat pada elemen pemanasan boleh
ditanggalkan dengan berus berbulu lembut hingga sederhana. Jangan
gunakan berus dawai besi atau berus berbulu keras kerana ini boleh
merosakkan salutan pada elemen pemanasan.
4 Lap luaran perkakas menggunakan kain lembap.
Nota
Pastikan tiada kelembapan tertinggal pada panel kawalan. Keringkan panel
kawalan dengan kain selepas anda telah membersihkannya.
5 Bersihkan elemen pemanasan menggunakan berus pembersih untuk
menanggalkan kesan makanan.
6 Cuci bahagian dalam perkakas dengan air panas dan span tidak
melelas.