User Manual

23BAHASA MELAYU
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia.
Kemas kini perisian
Pengemaskinian adalah penting untuk melindungi privasi anda dan
kefungsian Airfryer dan Aplikasi anda yang betul.
Dari masa ke masa, Aplikasi akan mengemas kini kepada perisian terkini
secara automatik. Airfryer juga mengemas kini perisian tegar secara
automatik.
Nota
Apabila kemas kini sedang dipasang, pastikan Airfryer anda disambungkan
kepada Wi-Fi rumah. Peranti pintar boleh disambungkan ke mana-mana
rangkaian.
Sentiasa gunakan Aplikasi dan perisian tegar yang terkini.
Kemas kini dijadikan tersedia apabila terdapat peningkatan perisian atau
untuk mengelakkan isu keselamatan.
Kemas kini perisian tegar akan dimulakan secara automatik apabila Airfryer
berada dalam mod siap sedia. Kemas kini ini akan mengambil masa sehingga
1 minit dan skrin pada Airfryer akan menunjukkan "---" yang berkelip. Airfryer
tidak boleh digunakan pada masa ini.
Keserasian peranti
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang keserasian Aplikasi, sila
rujuk maklumat dalam App Store.
Tetap semula kilang
Untuk tetapan semula kilang Airfryer, tekan butang suhu dan masa naik
pada masa yang sama selama 10 saat.
Kemudian, Airfryer anda tidak lagi disambungkan kepada Wi-Fi rumah
anda dan tidak berpasangan dengan peranti pintar anda lagi.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi dengan
perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat
di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai
soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.