User Manual

5BAHASA MELAYU
- Jangan pasang palam perkakas atau kendalikan panel kawalan
dengan tangan yang basah.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu
sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan biasa di rumah
sahaja. Perkakas tidak dimaksudkan untuk digunakan dalam
persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat,
ladang atau persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga tidak
dimaksudkan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel, inap
sarapan dan persekitaran kediaman lain.
- Sentiasa kembalikan perkakas ke pusat servis yang disahkan
oleh Philips untuk mendapatkan pemeriksaan atau pembaikan.
Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak jaminannya
menjadi tidak sah.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau
untuk tujuan profesional atau separa profesional, atau jika ia
tidak digunakan mengikut arahan dalam manual pengguna
ini, jaminan menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang
liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
- Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada permukaan yang
kering, stabil, rata dan mendatar.
- Cabut palam perkakas selepas setiap penggunaan.
- Biarkan perkakas menjadi sejuk selama kira-kira 30 minit
sebelum anda mengendalikannya atau membersihkannya.
- Pastikan ramuan yang disediakan di dalam perkakas ini
menjadi kuning keemasan dan bukan berwarna gelap atau
coklat. Keluarkan sisa yang terbakar. Jangan goreng ubi
kentang segar pada suhu melebihi 180°C (untuk mengurangkan
penghasilan akrilamida).
- Berhati-hati apabila membersihkan kawasan atas ruang
memasak: Elemen pemanasan panas, pinggir bahagian Logam.
- Pastikan makanan dimasak sepenuhnya di dalam Airfryer.
- Pastikan bahawa anda mempunyai kawalan terhadap Airfryer
anda, juga semasa menggunakan fungsi alat kawalan jauh atau
permulaan tertunda.
- Semasa memasak makanan berlemak, Airfryer boleh
mengeluarkan asap. Berikan perhatian khas semasa