User Manual

9BAHASA MELAYU
Sebelum penggunaan pertama
1 Tanggalkan semua bahan pembungkusan.
2 Tanggalkan sebarang pelekat atau label (jika ada) daripada perkakas.
3 Cuci perkakas sepenuhnya sebelum penggunaan kali pertama,
seperti yang ditunjukkan dalam bab pembersihan.
Aplikasi NutriU
Philips Airfryer anda didayakan Wi-Fi dan membolehkan anda
menyambung dengan NutriApp untuk mendapatkan pengalaman Airfryer
yang lengkap. Pada Aplikasi, anda boleh memilih dan menghantar resipi
kegemaran anda kepada Airfryer dan memulakan resipi daripada peranti
pintar anda. Anda boleh memulakan, memantau dan melaraskan proses
memasak pada peranti pintar anda dari mana-mana sahaja, walaupun
semasa tiada di rumah.
Menyambungkan Airfryer anda dengan Aplikasi
1 Pasang palam pengecas Airfryer pada soket dinding.
2 Pastikan peranti pintar anda dalam jangkauan rangkaian Wi-Fi rumah
sebelum anda memulakan proses persediaan Wi-Fi yang mudah.
3 Muat turun Aplikasi Philips NutriU pada peranti pintar anda daripada
kedai Aplikasi atau daripada www.philips.com/nutriu, ikut proses
pendaftaran dan pilih Airfryer yang disambungkanAirfryer yang disambungkan dalam prol anda
dalam bahagian "My Appliances" (Perkakas Saya).
4 Ikut arahan pada Aplikasi untuk menyambungkan Airfryer anda
kepada Wi-Fi dan untuk menjadikan Airfryer anda berpasangan.
5 Apabila LED Wi-Fi pada antara muka pengguna Airfryer dinyalakan
dengan sepenuhnya, ini bermakna Airfryer telah disambungkan.
Nota
Pastikan anda menyambungkan Airfryer anda pada rangkaian Wi-Fi rumah 2.4
GHz 802.11 b/g/n.
Persediaan Wi-Fi yang mudah diperlukan untuk menyambungkan Airfryer
kepada Wi-Fi rumah anda.
Proses berpasangan adalah untuk menyambungkan Aplikasi NutriU kepada
Airfryer pintar anda.
Proses persediaan Wi-Fi boleh dibatalkan melalui Aplikasi atau dengan
mencabut palam Airfryer.
Anda boleh menjadikan peranti ini berpasangan dengan hanya satu peranti
pintar pada masa yang sama dengan Airfryer anda. Jika pengguna kedua
memulakan proses berpasangan, pengguna yang pertama akan dialih keluar
dan perlu berpasangan sekali lagi apabila memasak dengan Airfryer.
Untuk memulakan proses berpasangan, tekan lama butang suhu ke bawah
dan ikut arahan dalam Aplikasi atau mulakan daripada tetapan pada Aplikasi
NutriU.