User Guide

Table Of Contents
85BAHASA MELAYU
Menggoreng dengan Airfryer
Awas
Airfryer ini berfungsi dengan udara panas. Jangan isikan kuali
dengan minyak, lemak menggoreng atau sebarang cecair lain.
Jangan sentuh permukaan panas. Gunakan pemegang atau
tombol. Kendalikan kuali panas dengan sarung tangan
pelindung ketuhar.
Perkakas ini hanya untuk penggunaan di rumah sahaja.
Perkakas ini mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini perkara biasa.
Perkakas tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu.
1 Pasang palam pada soket dinding.
2 Tanggalkan kuali bersama bakul daripada perkakas dengan
menarik pemegang.
3 Letakkan ramuan ke dalam bakul.
Nota
Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Rujuk "Jadual
makanan" untuk kuantiti yang betul dan anggaran masa memasak.
Jangan melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam bahagian
"Jadual makanan" atau mengisi bakul melebihi penunjuk "MAX"
memandangkan ini boleh menjejaskan hasil masakan.
Jangan melebihi penanda MAX dengan ikon kentang jejari bagi snek
berasaskan kentang sejuk beku dan kentang jejari buatan sendiri.
Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan serentak, pastikan
anda memeriksa masa memasak yang dicadangkan untuk ramuan
berbeza sebelum anda memasaknya serentak.