User Guide

Table Of Contents
87BAHASA MELAYU
Nota
Suhu dan masa sewaktu memasak ditunjukkan secara berselang.
Minit terakhir memasak akan dikira dalam saat.
Rujuk jadual makanan dengan tetapan memasak asas untuk pelbagai
jenis makanan.
Apabila proses memasak dimulakan dan Airfryer anda berpasangan
dengan peranti pintar, anda boleh melihat, mengawal dan menukar
tetapan memasak dalam Aplikasi NutriU juga.
Untuk mengubah unit suhu daripada Celsius kepada Fahrenheit
atau sebaliknya pada Airfryer anda, tekan butang naik dan turun
pada waktu yang sama dalam tempoh 10 saat.
Petua
Sewaktu memasak, jika anda mahu menukar masa atau suhu, tekan
butang naik atau turun yang berkenaan pada bila-bila masa sewaktu
tempoh memasak.
Untuk menjeda proses memasak, tekan butang mula/jeda. Untuk
meneruskan proses memasak, tekan butang mula/jeda sekali lagi
untuk meneruskan proses memasak. Anda juga boleh menekan
dengan cepat praset yang dipilih untuk menjeda proses memasak.
Untuk menyambung proses memasak, tekan praset yang dipilih sekali
lagi.
Perkakas ini akan dijeda secara automatik apabila anda menarik
keluar kuali dan bakul. Proses memasak diteruskan sekali lagi apabila
kuali dan bakul dimasukkan semula ke dalam perkakas.
Nota
Jika anda tidak menetapkan masa memasak yang diperlukan dalam
masa 20 minit, perkakas akan mati secara automatik atas sebab-
sebab keselamatan.
Sesetengah ramuan perlu digoncang atau diterbalikkan sepanjang
masa memasak (lihat "Jadual makanan"). Untuk menggoncang
ramuan, tarik kuali bersama bakul, letakkan di atas ruang kerja
tahan haba, luncurkan penutup dan tekan butang pelepas bakul
untuk menanggalkan bakul dan goncang bakul di singki. Kemudian,
letakkan bakul ke dalam kuali dan luncurkan semula ke dalam
perkakas.
9 Apabila anda mendengar pemasa berbunyi, tempoh
memasak telah tamat.
Nota
Anda boleh menghentikan proses memasak secara manual. Untuk
melakukan langkah ini, tekan butang mula/jeda.