User Guide

Table Of Contents
88 BAHASA MELAYU
10 Tarik kuali dan lihat jika ramuan sudah masak.
Awas
Kuali Airfryer akan menjadi panas selepas proses memasak.
Sentiasa letakkan kuali di atas ruang kerja tahan haba
(contohnya tungku besi dan lain-lain) apabila anda
menanggalkan kuali daripada perkakas.
Nota
Jika ramuan belum masak lagi, masukkan semula kuali ke dalam
Airfryer dengan memegang pemegangnya dan tambahkan beberapa
minit untuk menetapkan masa.
11 Untuk mengeluarkan ramuan kecil (contohnya kentang
goreng), angkat bakul keluar daripada kuali dengan
meluncurkan penutupnya dahulu, kemudian tekan butang
pelepas bakul.
Awas
Selepas proses memasak, kuali, bakul, perumah dalaman dan
ramuan adalah panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam
Airfryer, stim akan keluar daripada kuali.
12 Masukkan ramuan ke dalam mangkuk atau pinggan.
Sentiasa keluarkan bakul daripada kuali untuk dikosongkan
kerana minyak panas mungkin terkumpul di bahagian bawah
kuali.
Nota
Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh,
gunakan penyepit untuk mengangkat ramuan.
Lebihan minyak atau lemak cair daripada ramuan akan terkumpul di
bahagian bawah kuali.
Bergantung pada ramuan memasak, anda haruslah menuang minyak
atau lemak cair yang berlebihan dari kuali selepas menggoreng atau
sebelum menggoncang atau menggantikan bakul di dalam kuali.
Tempatkan bakul di atas permukaan tahan panas. Pakai sarung
tangan ketuhar untuk menuangkan lebihan minyak atau lemak cair.
Letakkan semula bakul ke dalam kuali.
Apabila ramuan telah dimasak, Airfryer sedia untuk memasak
ramuan lain dengan serta-merta.
Nota
Ulangi langkah 3 hingga 12 jika anda mahu menyediakan kelompok
lain.