User Guide

Table Of Contents
89BAHASA MELAYU
Memilih mod simpan panas
1 Tekan butang kuasa Hidup/Mati untuk menghidupkan
perkakas.
2 Tekan butang simpan panas.
3 Tekan butang mula/jeda untuk memulakan mod simpan
panas.
Nota
Pemasa simpan panas ditetapkan kepada 30 minit. Untuk menukar
tempoh simpan panas (1 - 30 minit), tekan butang masa turun. Masa
akan disahkan secara automatik.
Suhu tidak boleh diubah dalam mod simpan panas.
4 Untuk menjeda mod simpan panas, tekan butang mula/jeda.
Untuk menyambung mod simpan panas, tekan butang mula/
jeda sekali lagi.
5 Untuk menghentikan mod simpan panas, tekan lama butang
Hidup/Mati.
Petua
Jika makanan seperti kentang jejari menjadi kurang garing sewaktu
mod simpan panas, pendekkan masa simpan panas dengan
mematikan perkakas sebelum tamat masanya atau garingkan selama
2-3 minit pada suhu 180°C/360°F.
Nota
Sewaktu mod simpan panas, kipas dan pemanas di dalam perkakas
dihidupkan dari masa ke masa.
Mod simpan panas direka bentuk untuk memastikan makanan anda
kekal panas selepas dimasak di dalam Airfryer. Mod ini bukan untuk
pemanasan semula.