User Guide

Table Of Contents
95BAHASA MELAYU
Petua
Jika sisa makanan melekat pada kuali atau bakul, rendamkan ke
dalam air panas bersama cecair pencuci pinggan mangkuk selama
10-15 minit. Merendam akan melonggarkan sisa makanan dan
menjadikannya lebih mudah untuk ditanggalkan. Pastikan anda
menggunakan cecair pencuci yang boleh melarutkan minyak. Jika
terdapat kesan minyak pada kuali atau bakul dan anda tidak dapat
membersihkannya dengan air panas dan cecair pencuci, gunakan
cecair penyahgris.
Jika perlu, sisa makanan yang melekat pada elemen pemanasan
boleh ditanggalkan dengan berus berbulu lembut hingga sederhana.
Jangan gunakan berus dawai besi atau berus berbulu keras kerana ini
boleh merosakkan salutan pada elemen pemanasan.
4 Lap luaran perkakas menggunakan kain lembap.
Nota
Pastikan tiada kelembapan tertinggal pada panel kawalan. Keringkan
panel kawalan dengan kain selepas anda telah membersihkannya.
5 Bersihkan elemen pemanasan menggunakan berus
pembersih untuk menanggalkan kesan makanan.
6 Cuci bahagian dalam perkakas dengan air panas dan span
tidak melelas.