User Guide

Table Of Contents
96 BAHASA MELAYU
Meja pembersihan
Penyimpanan
1 Cabut palam perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Pastikan kesemua bahagian bersih dan kering sebelum
disimpan.
Nota
Pegang Airfryer secara mendatar setiap kali anda mengangkatnya.
Pastikan juga anda memegang kuali pada bahagian hadapan perkakas
kerana kuali bersama bakul boleh tergelincir keluar daripada perkakas
jika tersenget. Ini boleh merosakkan barang-barang berkenaan.
Sentiasa pastikan bahagian Airfryer yang boleh dibuka, dipasang
semula sebelum diangkat atau disimpan.
Mengitar semula
- Jangan buang produk dengan sampah rumah biasa di akhir
hayatnya. Sebaliknya, bawa perkakas ke pusat pungutan rasmi
atau kitar semula. Dengan melakukan ini, anda membantu
memelihara alam sekitar.
- Ikut peraturan negara anda untuk pengumpulan berasingan
produk elektrik dan elektronik. Cara membuang yang betul
akan membantu mencegah akibat negatif terhadap alam
sekitar dan kesihatan manusia.
Pengisytiharan Keakuran
Dengan ini, DAP B.V. mengisytiharkan bahawa Airfryer HD9285
mematuhi Arahan 2014/53/EU.
Teks penuh bagi pengisytiharan pematuhan EU tersedia di alamat
Internet berikut: https://www.philips.com.
Airfryer HD9285 dilengkapi modul Wi-Fi 2.4GHz 802.11 b/g/n
dengan kuasa output maksimum 92,9mW EIRP.