User manual

71BAHASA MELAYU
11 Tekan butang pelepas bakul dan angkat bakul keluar
daripada kuali.
12 Masukkan kandungan ke dalam mangkuk atau pinggan.
Keluarkan bakul dengan ramuan daripada kuali untuk
menghidangkannya kerana minyak panas atau lemak cair
mungkin terkumpul di bahagian bawah kuali.
Nota
Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh,
gunakan penyepit untuk mengangkat ramuan.
Membuat kentang goreng buatan sendiri
Untuk membuat kentang goreng buatan sendiri yang sedap di
dalam Airfryer:
- Pilih jenis ubi kentang yang sesuai untuk membuat kentang
goreng, cth. ubi kentang segar dan agak berkanji.
- Sebaik-baiknya goreng ubi kentang maksimum 500 gram
supaya kentang masak rata. Kentang goreng yang lebih
besar biasanya tidak rangup berbanding dengan kentang
goreng kecil.
- Goncang bakul 2-3 kali semasa proses menggoreng.
1 Kupas ubi kentang dan potong menjadi bentuk jejari
(ketebalan 1/2cm / 1/4 inci).
2 Rendamkannya ke dalam semangkuk air selama
sekurang-kurangnya 30 minit.
3 Kosongkan mangkuk dan keringkan jejari kentang dengan
tuala atau kertas tisu.
4 Letakkan setengah sudu besar minyak masak ke dalam
mangkuk, masukkan jejari kentang dan campurkan
sehingga kentang disaluti minyak.
5 Keluarkan jejari kentang daripada mangkuk menggunakan
jari anda atau perkakas dapur yang berlubang supaya
lebihan minyak tertinggal di dalam mangkuk.
Nota
Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua jejari
kentang dalam bakul pada satu masa untuk mengelakkan minyak
berlebihan masuk ke dalam kuali.
1
2