User manual
72 BAHASA MELAYU
6 Letakkan jejari kentang ke dalam bakul.
7 Goreng jejari kentang dan goncang bakul semasa proses
menggoreng. Goncang 2-3 kali jika anda menyediakan
lebih daripada 400g kentang goreng.
Nota
• Rujuk bab 'Jadual makanan' untuk kuantiti dan masa memasak
yang betul.
Menggunakan rak lapisan berganda
(HD9627, HD9622 sahaja)
Gunakan rak lapisan berganda untuk memaksimumkan ruang
memasak anda.
Nota
• Jika anda memasak ramuan berbeza pada masa yang sama,
pastikan suhu dan masa memasak sama untuk setiap jenis
ramuan.
• Letakkan daging di bahagian bawah dan sayuran di bahagian atas
untuk mengelakkan pencemaran makanan atau titisan air daging
di atas sayuran atau makanan yang separuh masak.
1 Ikut langkah 1 hingga 4 dalam bahagian ‘Menggoreng
dengan Airfryer’.
2 Letakkan separuh ramuan ke dalam bakul.
3 Letakkan rak lapisan berganda ke dalam bakul.
4 Masukkan separuh lagi ramuan ke atas rak lapisan
berganda.
5 Ikut langkah 6 hingga 12 dalam bahagian ‘Menggoreng
dengan Airfryer’.
Amaran
• Rak lapisan berganda akan menjadi amat panas semasa
penggunaan. Pakai sarung tangan ketuhar semasa anda
mengeluarkan rak lapisan berganda daripada bakul.