User Manual

13BAHASA MELAYU
Nota
Jangan letak apa jua item di atas perkakas atau di sisi perkakas. Ini
boleh mengganggu laluan udara dan hasil penggorengan.
Awas
Jangan letakkan perkakas pada permukaan yang tidak tahan
panas.
2 Tarik kord kuasa daripada kawasan penyimpanan kord.
3 Pasang plag pada saluran keluar dinding.
4 Keluarkan kuali daripada perkakas.
5 Letakkan ramuan ke dalam bakul.
Nota
Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Rujuk 'Jadual
makanan' untuk kuantiti yang betul dan anggaran masa memasak.
Jangan melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam bahagian
'Jadual makanan' atau mengisi bakul melebihi penunjuk 'MAX'
memandangkan ini boleh menjejaskan hasil masakan.
Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan serentak, pastikan
anda memeriksa masa memasak yang dicadangkan untuk ramuan
berbeza sebelum anda memasaknya serentak. Sebagai contoh,
kentang goreng dan paha goreng buatan sendiri boleh dimasak
serentak kerana kedua-duanya memerlukan tetapan yang sama.
6 Luncurkan kuali kembali ke dalam perkakas.