User Manual

19BAHASA MELAYU
2 Putarkan dail QuickControl untuk memilih praset yang
anda perlukan.
3 olak dail QuickControl untuk mengesahkan praset.
» Suhu memasak akan dipaparkan pada skrin dan masa
memasak yang dicadangkan akan berkelip.
» Untuk menukar masa memasak, putarkan dail
QuickControl.
Nota
Anda tidak boleh menukar suhu apabila menggunakan mod praset.
Jika anda menekan butang suhu sewaktu memilih mod praset,
perkakas akan keluar daripada mod praset.
4 Tolak dail QuickControl sekali lagi untuk mengesahkan
masa memasak dan perkakas akan mula memasak.
Petua
Rujuk Jadual memasak untuk praset” untuk mendapatkan masa
memasak yang sesuai dan maklumat lanjut.
Memilih mod simpan panas
1 Tekan butang keep warm (anda boleh mengaktifkan mod
keep warm pada setiap tekanan).
» Lampu penunjuk keep warm akan bernyala.
» Pemasa keep warm ditetapkan kepada 30minit.
Anda tidak boleh melaraskan masa keep warm. Untuk
menghentikan mod keep warm, matikan perkakas.