User Manual

20 BAHASA MELAYU
Petua
Jika makanan seperti kentang goreng menjadi kurang garing
sewaktu mod keep warm, sila pendekkan masa keep warm dengan
mematikan perkakas sebelum tamat masanya atau garingkan selama
2-3 minit pada suhu 180°C.
Nota
Jika anda mengaktifkan mod keep warm sewaktu memasak,
makanan anda akan kekal panas selama 30 minit selepas masa
memasak tamat.
Sewaktu mod keep warm, kipas dan pemanas di dalam perkakas akan
dihidupkan dari masa ke masa.
Mod keep warm direka bentuk untuk memastikan makanan anda
kekal panas selepas dimasak di dalam Airfryer. Mod ini bukan untuk
pemanasan semula.
Membuat kentang jejari buatan sendiri
Untuk membuat kentang jejari buatan sendiri yang sedap di
dalam Airfryer:
- Pilih jenis ubi kentang yang sesuai untuk membuat kentang
goreng, cth. ubi kentang segar dan agak berkanji.
- Sebaik-baiknya goreng ubi kentang maksimum 500 gram
supaya kentang masak rata. Kentang jejari yang lebih besar
biasanya tidak rangup berbanding dengan kentang jejari kecil.
- Goncang bakul 2-3 kali semasa proses menggoreng.
1 Kupas ubi kentang dan potong menjadi bentuk jejari
(ketebalan 1 x 1 cm / 1/2 x 1/2).
2 Rendamkannya ke dalam semangkuk air selama sekurang-
kurangnya 30 minit.
3 Kosongkan mangkuk dan keringkan jejari kentang dengan
tuala atau kertas tisu.
4 Letakkan setengah sudu besar minyak masak ke dalam
mangkuk, masukkan jejari kentang dan campurkan
sehingga kentang disaluti minyak.
5 Keluarkan jejari kentang daripada mangkuk menggunakan
jari anda atau perkakas dapur yang berlubang supaya
lebihan minyak tertinggal di dalam mangkuk.
Nota
Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua jejari kentang
dalam bakul pada satu masa untuk mengelakkan minyak berlebihan
masuk ke dalam kuali.
6 Letakkan jejari kentang ke dalam bakul.