User Manual

22 BAHASA MELAYU
Pembersihan
Amaran
Biarkan bakul, kuali, pengurang lemak dan bahagian
dalam perkakas menjadi sejuk sepenuhnya sebelum anda
membersihkannya.
Jangan keluarkan menggunakan jari anda kerana lemak atau
minyak panas terkumpul di bahagian bawah pengurang lemak.
Kuali, bakul, pengurang lemak dan bahagian dalam perkakas
mengandungi salutan tidak melekat. Jangan gunakan perkakas
dapur logam atau bahan pencuci yang melelas kerana ini
merosakkan salutan tidak melekat.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan. Keluarkan
minyak dan lemak daripada bahagian bawah kuali setiap kali
selepas penggunaan.
1 Tekan butang Hidup/Mati untuk mematikan perkakas,
cabut plag daripada saluran keluar dinding dan biarkan
perkakas menjadi sejuk selama 10 minit.
Petua
Keluarkan kuali dan bakul untuk menyejukkan Airfryer dengan lebih
cepat.
2 Keluarkan pengurang lemak dari kuali menggunakan
penyepit berhujung getah. Buang lemak cair atau minyak
dari bahagian bawah kuali.
3 Bersihkan kuali, bakul, pengurang lemak dan aksesori
lain di dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Anda boleh
mencucinya dengan air panas, cecair pencuci dan span
tidak melelas juga.