User Manual

25BAHASA MELAYU
Mengitar semula
- Simbol ini bermaksud bahawa produk ini tidak harus dibuang
dengan sampah rumah biasa (2012/19/EU).
- Ikut peraturan negara anda untuk pengumpulan berasingan
produk elektrik dan elektronik. Cara membuang yang betul
akan membantu mencegah akibat negatif terhadap alam
sekitar dan kesihatan manusia.
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia
yang berasingan.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi
dengan perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah
dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support
untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah
Penyebab yang
mungkin Penyelesaian
Bahagian luar
perkakas ini
menjadi panas
ketika digunakan.
Bahagian luar perkakas
menjadi panas kerana
haba di dalam keluar ke
dinding luar.
Ini perkara biasa. Semua pemegang,
tombol dan butang yang anda perlu
pegang semasa penggunaan akan kekal
sejuk dan boleh dipegang.
Kuali, bakul, pengurang lemak, kuali
pemanggang tidak melekat dan bahagian
dalam perkakas sentiasa menjadi
panas apabila perkakas dihidupkan
untuk memastikan makanan dimasak
secukupnya. Semua bahagian ini adalah
panas.
Jika anda membiarkan perkakas hidup
untuk jangka masa yang lama, sesetengah
bahagian akan menjadi terlalu panas
untuk dipegang. Bahagian ini ditandakan
pada perkakas dengan ikon berikut:
Selagi anda mengetahui bahagian panas
dan tidak menyentuhnya, perkakas ini
selamat untuk digunakan.