User Manual

3BAHASA MELAYU
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa
hadapan.
Bahaya
- Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau
membilasnya di bawah air paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam
perkakas untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik.
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul
untuk mengelakkannya daripada tersentuh dengan elemen
pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar
udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau
perkakas rosak.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi
paras maksimum yang dinyatakan dalam bakul.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan
yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Jika kord sesalur rosak, kord mestilah digantikan oleh Philips,
ejen servis atau pihak yang berkelayakan yang serupa untuk
mengelakkan bahaya.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang
dibumikan. Sentiasa pastikan palam dimasukkan dengan rapi
pada soket dinding.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh yang
berasingan.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi panas
sewaktu penggunaan.
- Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
ī¾zikal, deria atau mental atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan pengawasan
atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.