User Manual

4 BAHASA MELAYU
- Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas lain.
Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 10cm di bahagian
belakang, di kedua-dua sisi dan di atas perkakas. Jangan letak
apa jua item di atas perkakas.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas akan
dilepaskan melalui bukaan salur keluar udara. Kekalkan
tangan dan muka anda pada jarak yang selamat dari stim dan
dari bukaan saluran keluar udara. Juga, berhati-hati dengan
stim dan udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada
perkakas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas bungkus di
dalam perkakas.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah bersesuaian dengan
jenis ubi kentang yang disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas
untuk meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam bahan
makanan yang disediakan.
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan
dapur gas panas atau semua jenis dapur elektrik dan plat
masak elektrik atau ketuhar yang panas.
- Jangan isikan kuali dengan minyak.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu
sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas
sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan bahan yang
mudah terbakar seperti alas meja atau langsir.
- Jangan gunakan perkakas untuk apa-apa jua tujuan lain selain
yang diterangkan dalam manual pengguna ini dan gunakan
aksesori Philips yang asli sahaja.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
- Kuali, bakul dan pengurang lemak menjadi panas semasa dan
selepas penggunaan perkakas, kendalikan secara berhati-hati.
- Bersihkan bahagian yang akan bersentuhan dengan makanan
sebersih-bersihnya sebelum anda menggunakan perkakas
buat pertama kali. Rujuk arahan dalam manual.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan biasa di rumah
sahaja. Perkakas tidak dimaksudkan untuk digunakan dalam
persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat,
ladang atau persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga tidak
dimaksudkan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel, inap
sarapan dan persekitaran kediaman lain.