User Manual

5BAHASA MELAYU
- Tanggalkan perkakas daripada bekalan kuasa setiap kali
perkakas dibiarkan tanpa pengawasan dan sebelum
memasang, menanggalkan bahagian, menyimpan atau
membersihkan perkakas.
- Letak perkakas di atas permukaan mendatar yang rata dan
stabil.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau
untuk tujuan profesional atau separa profesional, atau jika ia
tidak digunakan mengikut arahan dalam manual pengguna
ini, jaminan menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang
liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
- Kembalikan perkakas ke pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips setiap kali anda hendak mendapatkan pemeriksaan
atau pembaikan. Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika
tidak jaminannya menjadi tidak sah.
- Cabut palam perkakas selepas setiap penggunaan.
- Sejukkan perkakas selama lebih kurang 30 minit sebelum anda
menggunakan atau mencuci perkakas.
- Pastikan ramuan yang disediakan di dalam perkakas ini
menjadi kuning keemasan dan bukan berwarna gelap
atau coklat. Keluarkan sisa yang terbakar. Jangan goreng
ubi kentang segar pada suhu melebihi 180°C (untuk
mengurangkan penghasilan akrilamida).
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan
berkaitan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.