User manual

Anda boleh melalukan jari-jari anda di antara rambut yang keriting
untuk mengembangkannya.
Mendandan dengan menggunakan berus luncur masuk
(HP4658 sahaja)
Anda boleh menggunakan berus luncur masuk untuk membuat ikal dan
untuk mengembangkan rambut anda.
1 Luncurkan berus pada laras perkakas. (Gamb. 10)
Berhati-hati! Jika anda baru sahaja menggunakan pengikal keriting,
larasnya mungkin masih panas.
2 Pasang plag sesalur ke dalam soket dinding. (Gamb. 2)
3 Hidupkan perkakas dengan menetapkan gelangsar hidup/mati pada
kedudukan 1. (Gamb. 3)
Lampu kuasa hijau menyala. Ia terus menyala selagi gelangsar hidup/mati
ditetapkan pada ā€˜Iā€™.
Selepas kira-kira 3 minit titik pada laras berubah warna (menjadi lebih
terang). Perkakas kini sedia untuk digunakan.
4 Mula mendandan apabila warna titik berubah menjadi terang.
Elakkan berus daripada tersangkut pada rambut dengan cara yang
berikut:
Jangan membuat gelung rambut terlalu tebal.
Jangan lilitkan rambut lebih daripada dua kali di sekeliling berus.
Semasa membuka lilitan rambut, pastikan anda memegang berus jauh
dari rambut di bawahnya.
5 Ambil satu gelung rambut dan lilitkannya pada berus. Pastikan
hujung rambut dililit mengikut arah yang diperlukan. (Gamb. 11)
6 Biarkan berus berada di dalam rambut selama kira-kira 15 saat.
(Gamb. 12)
7 Keluarkan berus dari rambut dengan melepaskan lilitan rambut.
(Gamb. 13)
,
,
-
-
-
BAHASA MELAYU 21
4222.002.6393.2.indd 21 11-07-2006 16:22:14