User manual

Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau
Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Menyelesaikan masalah
Jika masalah timbul dengan alat pengeringan anda dan anda tidak dapat
menyelesaikannya dengan panduan menyelesaikan masalah di bawah, sila
hubungi pusat perkhidmatan Philips terdekat atau Pusat Layanan
Pelanggan Philips dalam negara anda.
Masalah
Alat ini tidak berfungsi langsung.
1 Mungkin berlaku gangguan bekalan kuasa atau soket tidak hidup.
Periksa sama ada bekalan kuasa berfungsi. Jika ya, periksa sama ada
soket hidup dengan memasukkan plag perkakas lain.
2 Periksa jika sesalur kuasa utama perkakas tidak rosak. Jika sesalur
kuasa utama rosak, ia hendaklah ditukar oleh Philips, pusat khidmat
yang disahkan oleh Philips atau kakitangan yang layak untuk
mengelakkan bahaya.
,
BAHASA MELAYU 23
4222.002.6393.2.indd 23 11-07-2006 16:22:14