User manual

18
Pengenalan
Philips SalonStraight Essential baru mempunyai segala yang anda perlukan
untuk memperoleh hasil lurus tahan lama yang anda kehendaki. Plat
bersalut seramik memastikan peluncuran ultra licin melalui rambut,
membolehkan anda menggayakan pada suhu tinggi dengan cara yang
cepat dan terpelihara.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Plat bersalut seramik
B Sistem kunci mudah
C Kord berputar
D Suis hidup/mati dengan lampu LED
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Periksa dengan kerap keadaan kord utama. Jangan gunakan perkakas
jika plag, kord atau perkakas rosak.
Jika sesalur kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang mempunyai kelayakan
yang sama bagi mengelakkan bahaya.
Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas
air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila
digunakandi dalam bilik air, cabutkan plag perkakas selepas digunakan.
Air yang berdekatan merupakan risiko biar pun perkakas sudah
dimatikan.
Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda
memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang
membekali bilik air. RCD ini mesti mempunyai arus pengoperasian
baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada
juru pemasang anda.
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU