User manual

Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
- Periksa dengan kerap keadaan kord utama. Jangan gunakan perkakas
jika plag, kord utama atau perkakas rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
- Jauhkan perkakas dari permukaan yang tidak tahan panas dan jangan
sekali-kali tutup perkakas dengan sebarang alas (contohnya tuala atau
kain) semasa ia panas.
- Jauhkan perkakas dari barang yang mudah terbakar.
- Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi pada bila-bila masa ia
tersambung dengan punca kuasa.
Awas
- Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda
memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang
membekali bilik air. RCD ini mesti mempunyai arus pengoperasian
baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada
juru pemasang anda.
- Plat pelurus dan bahagian plastik berhampiran dengan plat mencapai
suhu tinggi dengan cepat. Elakkan permukaan haba perkakas daripada
tersentuh dengan kulit anda.
- Suhu maksimum berlaku sebaik saja selepas ia menjadi panas. Suhu
sebenar semasa penggunaan mungkin lebih rendah.
- Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
- Atas sebab keselamatan, pelurus akan mati secara automatik setelah
hidup selama 1 jam.
BAHASA MELAYU 21