User manual

Meluruskan
1 Pasangkan plag di soket dinding.
2 Tekan butang mati/hidup.
, Tetapan suhu lalai 120 muncul pada paparan. Sebaik sahaja perkakas
telah dipanaskan ke tetapan ini, kata ‘SEDIA’ muncul pada paparan.
, Kata ‘SONIK’ muncul pada paparan (lihat bahagian ‘Getaran sonik’).
Jangan biarkan perkakas tidak dijaga semasa plag telah dipasang. Sentiasa
letakkan perkakas di atas permukaan yang tahan haba semasa ia sedang
memanas dan apabila ia panas.
3 Pilih tetapan suhu yang sesuai untuk jenis rambut anda.
- Sentiasa pilih tetapan rendah apabila anda menggunakan pelurus buat
pertama kali.
- Untuk rambut kasar, keriting hingga lurus, pilih tetapan sederhana
hingga tinggi (170 dan ke atas).
- Untuk rambut halus, bertekstur sederhana atau berombak sedikit, pilih
tetapan sederhana hingga rendah (160 dan ke bawah).
Lebih berhati-hati dengan rambut pucat, perang muda, luntur atau
dirawat warna, kerana ia akan mudah rosak pada suhu tinggi.
4 Untuk menetapkan tetapan suhu, tekan butang + untuk menaikkan
tetapan suhu atau tekan butang - untuk mengurangkan tetapan
suhu. (Gamb. 2)
, Paparan menunjukkan tetapan suhu yang dipilih.
, Apabila perkakas telah menjadi panas sehingga tetapan yang dipilih,
kata ‘READY’ muncul pada paparan.
, Palang pada paparan menunjukkan baki masa penggunaan alat
melurus. Jumlah masa penggunaan adalah 60 minit. Setiap sepuluh
minit satu daripada enam palang akan hilang. Setelah 60 minit,
perkakas akan dimatikan secara automatik.
5 Sikat atau berus rambut anda supaya ia kemas dan licin. (Gamb. 3)
Gunakan sikat untuk membahagikan rambut ke beberapa bahagian. Jangan
simpan terlalu banyak rambut dalam satu bahagian.
BAHASA MELAYU 23