User manual

Nota: Adalah lebih baik untuk mengasingkan bahagian atas kepala dan
untuk meluruskan rambut di bahagian bawah dahulu. Kemudian luruskan
bahagian atas.
6 Ambil suatu bahagian yang tidak lebih luas daripada 5 cm.
Letakkannya di antara plat melurus dan tekan pemegang perkakas
dengan kuat bersama.
, Getaran sonik bermula (lihat bahagian ‘Getaran sonik’).
7 Luncurkan alat melurus mengikut panjang rambut selama 5 saat,
dari akar ke hujung rambut, tanpa berhenti untuk mengelakkan
daripada kepanasan melampau (Gamb. 4).
8 Ulangi proses ini selama 20 saat sehingga anda mendapatkan wajah
yang diingini.
9 Biarkan rambut anda sejuk. Jangan sikat atau berusnya sebelum ia
sejuk, kerana ini boleh merosakkan gaya rambut yang anda baru
cipta.
Getaran sonik
Perkakas ini dilengkapi dengan getaran sonik. Apabila anda menghidupkan
perkakas, kata ‘SONIK’ muncul pada paparan. Getaran tidak bermula
apabila anda menghidupkan perkakas, tetapi apabila anda menekan plat
pelurus bersama. Untuk menghidup dan mematikan getaran sonik, guna
butang hidup/mati getaran sonik.
Nota: Apabila getaran sonik dihidupkan, plat membuat bunyi berdetar
apabila ia hanya bersentuhan sedikit. Ini tidak menjejaskan prestasi
perkakas.
1 Untuk mematikan getaran sonik, tekan dan tahan butang hidup/mati
getaran sonik sehingga kata ‘SONIK’ hilang daripada paparan.
, Getaran sonik kini dimatikan.
2 Untuk menghidupkan getaran sonik sekali lagi, tekan butang hidup/
mati getaran sonik sehingga kata ‘SONIK’ muncul pada paparan.
, Getaran sonik kini dihidupkan.
BAHASA MELAYU24