User manual

Cabutkan plag perkakas apabila anda menanggalkan alat tambahan
selepas atau semasa mendandan. Elakkan daripada menyentuh bahagian
logam dan seramik alat tambahan, kerana bahagian-bahagian ini panas.
Menggunakan perkakas
Dengan Salon Multistylist 10 dalam 1, anda boleh menggayakan keriting
halus, keriting besar, alun, gelung jurai bear atau kecil, ikal bujur, selakan dan
wajah yang licin berkilat.
1 Sikat atau berus rambut anda supaya ia kemas dan licin.
2 Sambung alat tambahan pada pemegang (lihat bab ‘Menyediakan
untuk penggunaan’). Pastikan bahagian penyokong menghala ke
bawah.
3 Letak perkakas pada bahagian sokongan alat tambahan.
4 Masukkan plag utama ke dalam soket.
Lampu penghidup kuasa menyala dan perkakas mula
memanas (Gamb. 4).
Perkakas sedia untuk digunakan apabila titik sedia pada alat
tambahan bertukar warna (Gamb. 5).
5 Gayakan rambut anda. Lihat seksyen di bawah untuk arahan
tertentu bagi setiap alat tambahan.
Nota: Apabila anda menggunakan salah satu daripada alat tambahan atau
berus luncur, sentiasa pastikan bahagian hujung gelung rambuti dililitkan
dalam arah yang betul.
6 Biarkan pendandan di dalam rambut anda selama beberapa saat.
Tempoh masa anda perlu membiarkan pendandan di dalam rambut anda
bergantung kepada ketebalan rambut anda.
Jangan biarkan pendandan dalam rambut anda lebih daripada 10 saat.
Keriting besar atau halus
1 Sambung alat tambahan pengeriting besar atau kecil pada pemegang.
,
,
BAHASA MELAYU 27