User manual

Pendahuluan
Philips JetSet Control ION dicipta khas untuk memenuhi keperluan
peribadi anda, memberi anda rambut yang cantik berkilau dan tidak
menggerbang. Pengion di dalam pengering rambut mengeluarkan ion
bercas negative yang mengelilingi rambut anda. Ion negatif
mengurangkan penimbunan elektrik statik dan menolong menjaga
rambut anda agar sentiasa sihat, licin dan tidak menggerbang.
Selain fungsi Ion, pengering rambut ini menawarkan pelbagai pengesetan
kepanasan dan kelajuan. Di samping itu, pengering rambut ini
mempunyai kedudukan Jet yang memberikan aliran udara ultra kuat dan
kedudukan Set untuk tiupan sejuk. Ini memberi anda kebebasan
pendandanan optimum dan kawalan optimum terhadap rambut anda.
Anda boleh mengunjungi laman web kami di www.philips.com/beauty
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk ini atau mana-
mana produk kecantikan Philips yang lain.
Perihalan umum (rajah 1)
A Gril salur masuk udara
B Suis luncur suhu
- 6 = pengesetan Cepat Kering
- 5 = pengesetan Pelihara
- 4 = pengesetan Tetapkan
C Suis luncur aliran udara
- O = mati
- I = aliran udara rendah bertujuan terutamanya untuk mendandan
- II = aliran udara kuat untuk mengering dengan cepat
D Suit JetSET
- Jet = kedudukan dengan aliran udara ekstra kuat
- 4 = mati
- SET = kedudukan untuk menetapkan dengan aliran udara sejuk
E Suis luncur ion
- 0 = mati
- 1 = hidup
F Gelung gantung
BAHASA MELAYU 13