User manual

pada corong.Tanggalkannya dengan mencabut (rajah 11).
Untuk mengembangkan rambut di akarnya, sisipkan cemat pelerai
di celah-celah rambut anda supaya cemat menyentuh kulit kepala
anda (rajah 12).
2 Gerakkan perkakas secara memutar untuk menyebarkan udara
panas dengan sekata melalui rambut anda (rajah 13).
Rambut keriting atau beralun
Semasa mendandan rambut yang keriting atau beralun, pegang
pelerai pada jarak 10-15 cm dari kepala anda untuk mengeringkan
rambut secara beransur-ansur (rajah 14).
- Sementara itu, anda boleh mendandan rambut anda dengan tangan
yang lagi satu atau dengan sikat.
- Anda juga boleh merenyukkan gelung-gelung rambut anda dengan
tangan untuk mengikalkan rambut dan membentuk alunan semasa
mengeringkannya. Ini dapat mengelakkan ikal mengendur atau
menggerbang.
Rambut panjang
Untuk mengeringkan rambut panjang, anda boleh menyerakkan
gelungan rambut di atas pelerai (rajah 15).
Sebaliknya, anda boleh menyikat rambut anda ke bawah
menggunakan cemat-cemat pelerai sambil mengeringkannya (rajah
16).
Membersihkan
Cabutkan plag perkakas setiap kali sebelum membersihkannya.
Jangan sekali-kali bilas perkakas ini dengan air.
Bukakan gril salur masuk untuk menanggalkan rambut dan habuk.
Bersihkan perkakas dengan kain kering.
Bersihkan alat sambung dengan kain lembap atau dengan
membilasnya di bawah pili.
Tanggalkan alat sambung daripada perkakas sebelum
membersihkannya.
BAHASA MELAYU 17